Ada yang bertanyakan saya satu soalan yang cukup baik di Telegram Channel saya. Ringkasnya soalan beliau,
“Boleh tahu kenapa tuan memilih KAB Gold berbanding syarikat yang lain?”
Sebelum saya kongsikan jawapan saya, elok saya mulakan sejarah saya di dalam industri emas ini.
Sekitar tahun 2014, saya antara orang yang menentang aktiviti emas yang dipromosikan oleh Tok Belagak sehinggakan saya bergaduh besar dengan beliau dan seluruhhhhh pentaksubnya.
Dan kebetulan, 27 September 2023 ini nanti maka genaplah ulang tahun ke-7 penangkapan Tok Belagak. Nak tanya, ada makan-makan ke? Hahaha
Maka sesungguhnya sontot itu benar tuan-tuan.
Pada tahun 2015 pula, saya pernah dijemput sebagai panel dalam satu acara yang dianjurkan oleh Public Gold dengan tajuk yang diberikan kepada saya ‘meninjau jual beli emas dari perspektif agama islam’.
Walaupun dijemput sebagai panel, saya masih belum berdaftar sebagai ejen sehinggakan abang senior saya di UIA, iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri yang telah menjadi ejen Public Gold pada tahun 2013 dan telah berjaya memujuk saya untuk bersama-sama beliau pada tahun 2020.
Dan pada tahun 2015 ini jugalah Ustaz Khairul Anuar Basri menjadi salah seorang tulang belakang yang memperjuangkan supaya Syarikat Public Gold mendapat patuh syariah dengan kadar yang segera.
Alhamdulilah, pada tahun 2016, syarikat tersebut telah berjaya diberikan pensijilan patuh syariah oleh Syarikat Amanie Advisor Sdn Bhd yang diterajui oleh Tan Sri Dr Daud Bakar (waktu itu Datuk Dr Daud Bakar).
Pernahlah beberapa kali muka saya keluar di poster dan saya memang tak aktif mempromosikan emas walaupun sudah bergelar ejen. Ramai yang beli melalui saya, dan 100% diuruskan oleh team Ustaz Khairul Anur Basri.
Saya baru nak masuk gear 2, tiba-tiba beliau mengumumkan secara rasmi beliau tidak lagi bersama PG dan menubuhkan syarikatnya sendiri pada tahun 2021.
Tapi nak buat macam mana, saya percaya setiap yang berlaku ada nikmah yang baik.
Dan sebagai seorang junior yang baik, saya pun support beliau dengan menyertai KAB Gold pada Februari 2021. Alhamdulillah, waktu itu saya daftar sahaja sebab pendaftaran percuma.
Daftar sahaja, beli belum lagi. Hahaha.
Dipendekkan cerita, awal tahun 2023 yang lepas, saya telah diberikan tawaran untuk mempromosikan beberapa syarikat emas dan saya bertemu sendiri dengan ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut.
Setelah segala perbincangan dijalankan dan kajian demi kajian dibuat, akhirnya saya memilih untuk fokus dan mempromosikan KAB Gold.
Kenapa?
Sebab saya yakin dan kenal secara personal tiga individu penting dalam KAB Gold ini.
- Pengerusi dan pemilik bersama Syarikat KAB Gold yang juga adalah ikon kewangan dunia, Tan Sri Dr Daud Bakar ini saya telah mengenali beliau sejak zaman belajar di UIA sewaktu beliau bertugas sebagai Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar di UIAM.
Saya juga pernah berbual secara personal dengan beliau dan kami juga pernah mengadakan sesi live zoom bersama dalam siri #BorakMembaWang tahun lepas.
- Seperti yang saya katakan sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Khairul Anuar Basri adalah senior saya di UIA dan saya cukup mengenali keperibadian beliau terutamanya berkaitan hal kepatuhan syariah.
Dan inilah janji yang beliau tawarkan agar syariah KAB Gold ini bukan mendapatkan syariah pada sijil semata-mata, akan tetapi pengurusan dan segala aspek di dalam syarikat di pandu oleh syariah.
Sebagai contoh, jika para pelanggan yang ingin membeli emas, pihak syarikat akan memastikan dan menunjukkan emas itu benar-benar wujud. Andai kata dalam website menunjukkan status ‘out of stock’, maka pelanggan tidak dibenarkan membeli.
Ya, kalau anda ada banyakkkk duit dan bersedia untuk membeli 1KG emas, kalau pihak syarikat tak ada stok maka tetap tak boleh beli. Benda tak wujud, macam mana nak jual beli?
Inilah salah satu jaminan yang diberikan oleh syarikat kerana emas ini barangan ribawi dan ia sangat mudah terdedah dengan dosa riba.
- Penasihat Syariah pula adalah Dr Ahmad Sufian bin Che Abdullah yang juga saya telah kenal daripada zaman belajar sejak beliau aktif menulis lagi. Kini beliau juga adalah salah sorang tokoh kewangan yang cukup disegani di dalam industri kewangan Islam.
Ketiga-tiga ini saya bukan kenal ‘semata-mata’ kenal, tapi saya pernah bersua-muka.
Dan saya juga tak malu untuk menarik ‘hand break’ jika syarikat ini meragukan kerana saya buat dan mempromosikan emas bukan untuk habuan nafsu semata-mata, tetapi demi memastikan masyarakat mampu memperolehi ilmu tentang kewangan dengan betul dan berkesan.
Saya harap penjelesan saya tentang perkara ini dapat dikongsikan kepada lebih ramai masyarakat di luar sana supaya mereka tahu ada syarikat yang dimiliki oleh 100% muslim dan menjanjikan kepatuhan syariah pada tahap yang tertinggi.
Doakan syarikat ini terus berkembang maju.
Oh ya, buka akaun emas bersama KAB Gold dan ia 100% percuma.
Lepas daftar dapat 4 eBook percuma dan group support bersama team saya.
Klik link di sini untuk info lanjut

